- Permohonan terbuka kepada penjawat awam yang bertugas di Kompleks NIH Setia Alam sahaja
-
Permohonan hanya terbuka kepada pegawai lantikan tetap sahaja
-
Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang tinggal di luar Setia Alam (lebih daripada 25km)
-
Pasangan pemohon yang berkhidmat di NIH juga boleh memohon untuk menduduki kuarters NIH namun hanya satu kelulusan ke atas setiap pasangan akan diberikan
-
Pemohon/pasangan belum memiliki rumah/hartanah di Setia Alam
-
Pemohon telah mengisytiharkan harta melalui Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) dalam tempoh 12 bulan sebelum tarikh permohonan
-
Minima satu(1) tahun bekerja di Institut Kesihatan Negara (NIH)
* Penilaian semula menduduki kuarters NIH akan dibuat setiap lima (5) tahun